Sunday, 26 March 2017

Student Masters UPM : Cara-Cara Daftar Masuk UPM

Assalamualaikum semua. Jeena di sini. 

Blog ni aku buat khas untuk orang-orang yang baru nak start buat Masters kat UPM sebab aku tau, banyak benda nak kena find out sebelum korang terus jump in buat Masters ni, and tak banyak pulak info kat Google (sebab aku google, tak keluar search result yang aku nak). Mungkin korang boleh jugak guna pakai prosedur ni untuk masuk universiti lain, pandai-pandailah korang adjust. Blog ni tak banyak gambar, sebab aku malas nak attach gambar, so bersabarlah baca tulisan aku ni. Boring sikit tapi padat dengan info lah, inshaa Allah. 

Aku baru je nak start belajar sini, so banyak lagi benda aku tak tahu tapi aku tulis je kat sini sebagai rujukan aku (atau korang) bebila masa nanti. Journey aku mungkin tak sama dengan orang lain, tapi ye lah, untuk rujukan

Pendek citer, aku start register Masters kat UPM ni bukan melalui open day yang UPM buat. Aku register sendiri-sendiri je. Sebelum aku mula isi online application UPM, aku terlebih dahulu cari supervisor (sv) sebab aku nak sambung full research. Kalau korang pilih coursework, boleh skip step ni tapi yang mana nak full research, wajib cari dulu.

1) Kalau korang finish degree kat sini, boleh la korang just whatsapp or call lecturer yang korang dah kenal dan minat. Make sure dah standby CV la ya, proper la sikit. Tapi kalau korang baru nak start belajar di UPM ni, korang pergi ke website UPM, cari fakulti yang sesuai, dan tengok list pensyarah-pensyarah dia serta bidang pengkhususan dorang. Macam aku, aku minat buat cancer research, so aku pergi terus ke website Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM. Pastu aku email pensyarah yang aku minat. Aku email something that sounds like this, 

"Assalamualaikum Dr. Saya <nama>, graduan baru dari <universiti dan fakulti lama>. Saya berminat nak sambung Masters di UPM. Adakah Dr. terima students buat masa ini?"

Bila dia balas kata ya, then proceed bagi CV. Kalau dia interested, dia akan panggil interview. Bila tanya pasal "tell me about yourself", citer la pasal education background korang, apa yang korang buat masa final year project degree, internship dan any activities korang buat masa degree (sukan ke, event ke, bagi "up" sikit). Then bila sesi soal jawab, korang boleh la tanya pasal tempoh projek ni sampai bila, geran research dah ada ke (kalau masters, paling sikit dalam RM50k gitu lah), ada peruntukan elaun untuk student tak, ada tak biasiswa yang boleh disarankan untuk korang, perlu collect data kat mana (luar UPM atau tak), etc.

2) Bila semua da setuju, boleh la isi online application UPM kat link ni. 

http://sgsportal.upm.edu.my/j2ee/portal/Admission/RegisterApplicant.jsp


Untuk bahagian research proposal, selalunya potential sv korang tu yang akan provide dia punya sebab sepatutnya dorang dah ada proposal yang siap masa dorang apply geran, cuma maybe dorang bagi main points je kat korang dan korang kenalah edit sikit, tambah-tambah apa perlu. Masa apply ni, UPM akan minta dalam RM63 kot sebagai yuran processing. Kalau pergi open day UPM, dapat fee waiver untuk ni, tapi sebab aku apply sendiri, maka aku pun bayarlah fee ni, tsk.


3)  Habis isi online application, aku pun mula lah google scholarship yang aku boleh apply sebab geran sv aku tu takde peruntukan untuk student. Kalau pergi ke website SGS UPM tu, boleh tekan bahagian "Bantuan Kewangan dan Biasiswa" dan check them out. Kalau aku, aku pilih Graduate Research Fellowship (GRF). Setiap tahun lain-lain jenis biasiswa yang GRF ni bagi. Tahun ni dia bagi pengecualian yuran sebanyak RM900/semester and elaun RM1300/bulan. Kalau tahun lepas dapat elaun sebanyak RM1500. Tengok nasib la. Buat masa ni, korang cuma boleh sediakan setengah dokumen je dulu, sebab dia nak offer letter sekali. Since korang belum dapat kelulusan (and baru abes apply online), korang cuma boleh standby je dokumen-dokumen yang boleh di-standby-kan macam IC, transkrip ke apa ntah, tengok la dia nak apa. Time ni lah korang kena touch up lagi proposal yang korang dapat dari sv tu. Touch up sikit lah, bagi banyak pages sikit. Literature review tu kalau tak cukup pun takpe, at least ada dalam 3 subsections pun ok (sebab aku pun hantar tak siap lol). Proposal ni perlu ada pengesahan sv, so bila dah dapat kelulusan masuk UPM, boleh la arrange appointment dengan sv, minta cop dan sign dia. Aku hantar dua jenis proposal; satu yang aku isi handwritten dalam borang proposal template yang SGS sediakan dalam website, satu lagi aku hantar softbound full proposal yang type kat Word tu, memandangkan aku tak sure SGS nak yang mana satu.


4) Lepas seminggu (atau lebih, bergantung pada nasib), korang akan dapat email yang menyatakan korang lulus masuk UPM. Tahniah! So, korang cepat-cepatlah download checklist dokumen yang dorang perlukan masa pendaftaran. Antaranya: 

- Surat tawaran
- IC
- Transkrip penuh degree
- Report kesihatan berserta X-Ray film (jangan lupa minta report penuh ujian kencing, hari tu doktor aku tulis "normal" je, pihak UPM tak terima kot. Aku terpaksa pergi klinik kali kedua dan bayar lebih untuk repeat ujian kencing)
- etc. 

Ada lagi, tapi malas nak citer lah, korang tengok je dalam checklist tu dia nak apa. Masa pendaftaran jangan lupa bawak semua tau. Check dua tiga kali sampai yakin, so takde lah leceh nak kena settlekan benda-benda kecik merepek masa hari pendaftaran tu nanti. Kalau korang ada kereta, takpelah kot, senang nak pergi mana-mana. Macam aku ni, terpaksa tunggu bas yang lambat / bayar uber yang mahal. 

Untuk yuran pulak, sebab aku takde sponsorship dari mana-mana, aku bayar guna duit bapak aku je. Pembayaran boleh dibuat masa pendaftaran tu, dorang ada bukak kaunter. Hari tu aku guna kad debit je, senang. Kalau cash atau cara lain, aku tak pasti. Kad debit tu kena set limit lebih RM3000 tau, sebab hari tu kad aku tak lepas nak bayar yuran sebab limit cuma RM1000. Cara nak reset limit tu, cuma pergi online banking (aku guna maybank2u, terbaikkk) dan pergi ke Card Management. Siapa yang takde akaun online banking, rasanya kena settlekan kat cawangan bank la kot. Better buatlah akaun online banking tu, serious hidup akan lebih senang.

5) Habis pendaftaran, bermulalah hidup aku (dan korang) sebagai postgraduate. Waktu ni kenalah peka dengan tarikh-tarikh penting macam orientation, seminar, progress report, scholarship, etc. Aku mula tumpu perhatian pada application GRF aku. Memandangkan dah dapat offer letter, aku pun proceed ke bangunan SGS dan hantar dokumen-dokumen pada kerani kat situ. Yup, kat UPM ni dorang tak support online application. Kena print semua bagai, isi guna tangan dan pergi ke kaunter untuk hantar. Diingatkan, ada sesetengah kerani UPM sangat sensitif, sila proceed dengan salam dan adab yang baik. Kalau masih dilayan acuh tak acuh, bersabarlah ya.

6) Settle semua tu, korang banyakkan lah berhubung dengan sv korang mengenai research korang. Macam aku, aku difahamkan yang pengumpulan data aku akan dijalankan kat HKL selama setahun. Jadi aku pun tak apply la tinggal kat kolej dalam UPM, jadi minta maaf sangat-sangat, aku tak dapat nak ulas tentang kolej-kolej kat sini. Rasanya ada blog lain yang ulas tentang kolej-kolej UPM, so aku malas nak citer pasal tu. Cuma yang aku boleh bagitahu, bagi yang ambil kursus di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, kolej yang paling dekat dengan fakulti ialah K17. Aku rasa tahun depan aku kena start duduk sini sebab aku akan selalu ke Lab Patologi di fakulti ni. Nanti bila sampai masa, aku bagitahu proses nak apply duduk dalam kolej, ok?


7) Sebulan lepas tu, SGS akan bagitahu if application GRF korang lulus atau tak. Dia akan bagitahu melalui email. Dia akan suruh korang attend briefing di mana dia akan ulas tentang penerimaan biasiswa, dokumen tambahan yang perlu dihantar dan syarat-syarat yang membolehkan korang terus terima biasiswa ni. Ada a few jugak lah yang perlu ditepati tapi inshaa Allah tak susah pun. Macam aku, memula dia bagi dokumen perjanjian. Dia suruh lengkapkan blanks dalam dokumen tu ikut panduan dan perlu disahkan oleh sv. Surat perjanjian tu ada tiga copies, dan tiga-tiga copies tu kena ditampal setem hasil berharga RM10. Selain tu, dia minta salinan IC dan statement akaun CIMB (so that dorang boleh salurkan duit biasiswa terus ke akaun). Ada satu lagi borang yang dia bagi, iaitu borang "Maklumat Tugas Membantu dalam Pengajaran", yang mana korang kena tanya kod kursus dari sv korang untuk lengkapkan borang tu (sv kena sahkan juga, dan lepas tu hantar ke dekan fakulti minta cop dan sign, then barulah boleh hantar balik ke SGS). Tugas membantu dalam pengajaran ni mostly macam korang jadi lab assistant la, tolong ajar budak undergrad cara pakai mesin lab, seperti yang aku faham la. Aku belum start lagi buat benda ni, so nanti aku bagitahu details la. So after dah lengkap semua tu, perlu pergi ke bangunan SGS again untuk hantar ke kaunter dia. Setel.


8) Sampai point ni, korang dah lebih kurang setel dah pasal registration masuk UPM beserta scholarship tapi memandangkan aku masih tak puas hati dengan scholarship aku sebab dia cuma partial tuition fee je, aku dalam proses nak usha MyBrainSc. CGPA degree aku sebenarnya tak lepas nak minta scholarship ni (dia nak >3.65) dan MyBrainSc ni hanya untuk students pure Kimia, Biologi, Physics atau apa tah lagi satu tapi mana la tau ada rezeki kan, so aku macam nak cuba apply gak. Selalunya scholarship ni buka dari 1 Mac hingga 30 Mac setiap tahun, so korang alert la pasal ni (aku pun dapat tahu pasal ni tengah bulan, so now aku macam agak kelam kabut). Dokumen yang diperlukan cuma 6 iaitu :


-IC

- Gambar passport
- Result SPM
- Transcript penuh degree
- Proposal masters (yang dah disahkan oleh sv) 
- Offer letter masters

Semua dokumen ni senang nak sediakan kecuali proposal tu la kot (sbb aku punya pun tak siap bebetul lagi and nak kena minta sign and cop sv lagi sekali) tapi at least semuanya online application je, tak perlu pergi bangunan memana. Walaubagaimana pun, korang kena spend seharian jugak la nak compress dokumen-dokumen tu semua sebab ya Allah, MyBrainSc ni cuma benarkan saiz 300KB dan ke bawah je untuk upload. Jenuh aku compress transkrip degree aku yang ada 3 page tu dari 1MB. Still tengah try lagi ni, macam-macam online PDF compressor aku guna kat Google tu. Anyway, kalau lulus dapat scholarship ni, aku dengar macam kena pergi jugak bangunan SGS untuk urusan dengan Unit Biasiswa di sana sebab nak attachkan dengan GRF sekali. Apa-apa pun, aku akan update lagi macammana ya. Doakan lah aku dapat MyBrainSc ni ya, guys! Tq muahh~


Ni link untuk daftar MyBrainSc ni. 


https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrainSc/index.php


Boleh lah check eligibility and syarat-syarat perjanjian dia eh.

---

Lepas ni aku buat pulak entri lain macammana nak ke Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan ni dari KTM Serdang ya. Aku tahu, bas kat area Serdang ni macam chipsmore sikit, dah berapa kali aku bazir masa sebab tak tahu jadual bas sini. Mostly aku akan citer pasal bas kot sebab LRT and KTM korang maybe dah expert. Kalau belum pun, aku cuma citer macammana nak gerak dari KL Sentral atau Masjid Jamek kot. Okeh, itu je untuk entri ni. Terima kasih sebab sudi baca.


Sekali lagi diingatkan, ni journey aku. So, kalau ada yang tahu cara lain, boleh bagitahu aku dan aku boleh sesuaikan dengan journey aku, maybe. Ok bye. 


EDIT : Guys, sorry kalau lambat reply or tak reply pun sebab aku jarang jaaaaarang sekali bukak blog ni. Aku cuma ade info2 ni je utk korg, dan itupun dah 4 tahun berlalu, so mungkin ade benda yang dah berubah. Apape pun, rajin2 lah call2 UPM kalau ade yang tak faham lagi, dan selamat maju jaya ya~~~

8 comments:

  1. Hi. Good sharing.
    Nak tanya, macam mana tahu fees kita if kita dalam Fac of Medicine and Health Sciences eh? Memang semuanya rm2100 eh for first sem?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello, tq for comment. Sorry lambat balas, baru perasan ada message.

      Masa saya masuk dulu, yes first sem fee rm2100. Tapi sem selepas tu dah lain, rendah sikit rasanya. Boleh rujuk link ni utk maklumat lanjut >> http://www.sgs.upm.edu.my/prospective_students/student_admission/tuition_fees-30223?L=bm

      Harap saya membantu!

      Delete
  2. hi good info.
    bileh saya tahu, pasal grf ni ada kena komited lain ke dgn upm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello, tq for comment. Sorry lambat reply.

      Komitmen GRF termasuklah :

      - Memenuhi semua syarat keperluan program siswazah.

      -Hantar fotokopi punchcard full attendance iaitu 8jam/hari tidak termasuk lunch break. Means xkisah masuk kul berapa asalkan cukup 8jam bekerja + sejam rehat. Kalau xfull attendance tanpa surat kebenaran cuti, allowance akn ditolak rm68/hari. Boleh cuti 2hari bersebab je dlm sebulan. Kalau gagal hantar attendance atau cuti lebih 10hari, elaun GRF bagi bulan tu xkan dibayar.

      -Menolong tugas membantu dalam lab atau kelas. Yang ni bergantung pada SV atau lab staff untuk tugaskan kau buat kerja apa. Boleh rujuk mereka. Idealnya 4jam/seminggu tapi kadang mmg xde keja sgt pun.

      - Wajib GOT (graduate on time). Kalau x, kena ganti semula semua elaun termasuk pengecualian yuran.

      - Perlu publish satu journal paper sepanjang pengajian.

      Rasanya itu sahaja, harap membantu. Kalau ada yang aku terlepas mention, minta maaf ya.

      Delete
  3. Salam. Hai..syarat pointer utk buat master research upm berapa ya?mmg kne 3.0 ke atas ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Based on syarat2 dr upm .Yupp mmg perlu 3.0 tp klau x 3.0 cuba sj kot rezekirezeki sp tau.

      Delete
  4. Terima kasih utk segala info yg dikongsi.. padat n mudah faham. Koga suskses :)

    ReplyDelete
  5. Assalam..nak tanya kalo master by research tarikh intake sama ke dengan mode lain dan berapa lama tawaran tu sah sb sy x pasti boleh daftar utk sem depan walopon dah apply.

    ReplyDelete