Sunday, 26 March 2017

Student Masters UPM : Jadual Bas UPM (KTM/UPM/Fakulti & Kolej)

Jeena here.

Bagi students yang guna public transport hari-hari, rasanya aku tak perlu hurai macammana nak gerak ke KTM Serdang. Kalau korang dari kawasan luar dari Serdang, dan ada akses ke LRT atau KTM, memang lagi senang. Bagi aku, ada dua routes yang aku boleh pilih; samada route A (turun kat KL Sentral dan naik KTM ke Serdang), atau route B (turun kat LRT Masjid Jamek dan tukar line LRT Putra Heights ke Bandar Tasik Selatan dan naik KTM ke Serdang). Aku selalu guna route B, sebab aku rasa LRT lagi cepat, cuma kena banyak berjalan sikit untuk tukar train. Walaubagaimana pun, setiap orang ada preference masing-masing, korang boleh la try dua-dua dan tengok mana yang lagi selesa. Ah, routes ni hanya untuk mereka-mereka yang memang perlu tukar line station lah, kalau korang duduk kat Bangi atau Cheras, memang one way terus ke Serdang. Dari segi tambang, aku rasa macam tak banyak beza antara route A dan B tu, mungkin dalam beberapa sen je. Aku sarankan pakai kad (Touch n Go atau myrapid) untuk bayar tambang supaya perjalanan korang lagi smooth sebab masa peak hour, line kat kaunter/mesin token boleh jadi sangat panjang dan memakan banyak masa untuk tunggu giliran korang.

Jujur cakap, aku tak tahu bebetul pun jadual semua bas UPM. Tapi bagi aku, bas UPM start pukul 7.15 pagi dari KTM Serdang tu dan itu jelah time bas UPM pagi-pagi. Aku pernah terlambat sampai pukul 7.30 pagi, memang aku tunggu bas UPM lepas tu tak sampai-sampai. Jadi pastikan korang dah terpacak kat busstop KTM Serdang pukul 7.15 pagi tu. Awal lagi dari tu pun boleh tapi jangan lepas pukul 7.20 sebab 7.20 tu memang sharp bas sampai dan berhenti dalam 3 minit saja untuk ambil students. Busstop pulak bukan yang bebetul depan KTM tu tau, tunggu kat seberang jalan, kena naik jejantas dan tunggu kat busstop bas depan 7Eleven/KK Mart. Nama bas ialah KTM-South City atau KHAS. 

Misalan kata korang terlepas pukul 7.20 pagi tu, ada jugak bas alternatif lain. Korang boleh la tunggu bas rapid T570 pukul 8 pagi. Kadang bas tu sampai lagi awal tapi jangan cuak sebab bas tu akan lepak dulu kat situ dan bergerak pukul 8.15 pagi. Harga tiket bas ni cuma RM1. So bila dah ada kat busstop tu lagi awal dari 8.15 pagi, jangan la malu-malu nak tanya bas-bas yang lepak kat situ samada dorang bas T570 atau tak, sebab selalunya dorang park jauh ke depan sikit dari busstop tu. Kalau agak-agak malas nak tunggu bas rapid gerak kul 8.15 tu, boleh try naik bas Sri Indah 502 tapi sebelum naik, sila tanya dulu dorang masuk UPM atau tak sebab aku belum pernah try lagi naik bas ni pagi-pagi. Jadual dorang datang pun aku belum familiar tapi harga tiket bas ni RM2. Kalau aku naik nanti, aku update ye.

Edit (17/8/2017): Bas Sri Indah 502 ni cuma lalu Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan je. Dia akan ke Hospital Serdang dan IOI City Mall gak. Frekuensi setiap 30 minit dari pukul 6-9 pagi, setiap 1 jam kul 10-4 petang, setiap 30 minit balik dari pukul 4-9 malam. Sekarang aku naik bas ni je direct dari LRT Pasar Seni sebab fakulti aku memang kat FPSK pun. Senang keje aku! Dah xpayah tukar station banyak kali. Tunggu bas ni dekat depan Texas Chicken, atau Hotel Geo kat Pasar Seni tu. Bila da sampai fakulti, kena tekan loceng dan bersedia kat pintu depan bas sebab driver susah berhenti sini and diorang suka bukak pintu depan je. Haihh..

Okay, bila dah naik bas UPM/rapid dari KTM Serdang, dorang akan drive masuk melalui main gate UPM. Selalunya aku akan turun kat first busstop dalam UPM tu. Lokasi busstop tu betul-betul depan Bangunan Akademik A, UPM. Ada traffic light kat busstop tu. Then dari situ, aku akan tunggu bus K17. Bila dah masuk kawasan UPM ni, tak perlu takut sangat dah kot sebab setiap bas sini mesti ada sign kat depan yang mark destination dorang (macam bas rapid jugak lah). Aku naik bas K17 sebab fakulti aku bebetul sebelah K17. Bas-bas dalam UPM memang guna nama kolej sebagai sign depan. So korang kena alert kolej apa yang terdekat dengan fakulti korang. Antara bas-bas UPM yang ada ialah bas KTM-South City, K17, K10-11, K12-14-16, KPZ-KTP, etc. Semua ni nama shortform kolej-kolej dalam UPM. Bas UPM free untuk students UPM tapi aku pernah difahamkan postgraduates perlu bayar tambang separate pada Unit Bendahari ke apa. Aku tak bayar pun, tapi aku buat muka tak bersalah je naik bas-bas ni. Pernah sekali masa pendaftaran, masa tu aku tak dapat lagi student card, aku naik bas KPZ-KTP tu sebab nak pergi klinik UPM (untuk repeat ujian kencing aku). Pakcik bas tu tengking sorang foreigner sebab tak ada pass bas untuk postgraduate (rupanya ada kad pass yang membezakan postgraduate dengan undergraduate). Aku dah cuak jugak la tapi pakcik tu bagi jugak kitorang naik tapi last warning la. Aku rasa pakcik tu hanya ikut protokol sebab permulaan sem kot tapi just in case, korang gantung je la kad pelajar tu kat tengkuk korang. Aku rasa pakcik macam ni nak tengok ada kad je kot, takkan dia nak check satu-satu yang mana dah bayar, yang mana belum kan. At least pamer kad pun ok kot, sebab depa ni takut orang awam yang naik. Aku rasa gantung lanyard card ni sangat lame, tapi bila dah transit dari KL ke Serdang, naik LRT la, KTM, bas bagai, gantung card sangat menyenangkan hidup aku sebab aku malas nak seluk-seluk poket everytime. So now I wear it everytime I go to UPM, from morn till evening. Senang. 

Alamak, ni dah tersasul sikit dari topik. So bas-bas UPM ni korang kena banyak bersabar sikit sebab frekuensi dia very, very bad. Untuk bas-bas yang jarak jauh macam K17 dan KTM-South City, bas hanya sekali sejam dan selalunya pada minit ke-15 atau ke-45. Maksudnya kalau waktu tengahhari, pukul 1.15 ptg atau 1.45 ptg, antara dua la. Kadang-kadang nasib baik, dia lalu dua kali dalam sejam. Aku pun tak paham. Tapi aku selalu standby dalam minit 00 untuk catch bas pada minit ke-15, dan minit ke-30 untuk catch bas pada minit ke-45. Tak tahu lah korang paham ke tak apa aku cuba sampaikan ni, haha. 

Balik petang pulak, aku ada dua pilihan; samada reverse route aku datang pagi tadi, atau aku naik bas Sri Indah 501/502. Selalunya aku naik bas Sri Indah 501/502 sebab dia direct terus ke KTM Serdang, so aku tak perlu tukar bas di Bangunan Akademik A. Cuma aku kena standby RM2 la. Bas ni agak usang dan penuh sebab bas lama dan campur dengan orang awam. Aku rasa frekuensi dia lagi tinggi dari bas UPM, mungkin dua atau tiga kali sejam kot. 

Alright. Itu je entri pasal bas-bas UPM. Maaf tak dapat provide waktu-waktu yang spesifik untuk bas-bas ni sebab lain busstop, lain waktu dia sebenarnya tapi yang pasti, bas UPM di KTM Serdang datang pukul 7.20 pagi. Itu yang fixed la. 

Sekian. 

1 comment:

  1. TOTO | titanium machining | TITanium
    TOTO. titanium plate flat irons TOTO is a platinum-plated aluminum burnt titanium oxide-plated zinc ion titanium on brassy hair oxide film ecm titanium with a unique structure that enables the formation of long-lasting titanium 200 welder

    ReplyDelete