Jeena here.
Bagi students yang guna public transport hari-hari, rasanya aku tak perlu hurai macammana nak gerak ke KTM Serdang. Kalau korang dari kawasan luar dari Serdang, dan ada akses ke LRT atau KTM, memang lagi senang. Bagi aku, ada dua routes yang aku boleh pilih; samada route A (turun kat KL Sentral dan naik KTM ke Serdang), atau route B (turun kat LRT Masjid Jamek dan tukar line LRT Putra Heights ke Bandar Tasik Selatan dan naik KTM ke Serdang). Aku selalu guna route B, sebab aku rasa LRT lagi cepat, cuma kena banyak berjalan sikit untuk tukar train. Walaubagaimana pun, setiap orang ada preference masing-masing, korang boleh la try dua-dua dan tengok mana yang lagi selesa. Ah, routes ni hanya untuk mereka-mereka yang memang perlu tukar line station lah, kalau korang duduk kat Bangi atau Cheras, memang one way terus ke Serdang. Dari segi tambang, aku rasa macam tak banyak beza antara route A dan B tu, mungkin dalam beberapa sen je. Aku sarankan pakai kad (Touch n Go atau myrapid) untuk bayar tambang supaya perjalanan korang lagi smooth sebab masa peak hour, line kat kaunter/mesin token boleh jadi sangat panjang dan memakan banyak masa untuk tunggu giliran korang.
Jujur cakap, aku tak tahu bebetul pun jadual semua bas UPM. Tapi bagi aku, bas UPM start pukul 7.15 pagi dari KTM Serdang tu dan itu jelah time bas UPM pagi-pagi. Aku pernah terlambat sampai pukul 7.30 pagi, memang aku tunggu bas UPM lepas tu tak sampai-sampai. Jadi pastikan korang dah terpacak kat busstop KTM Serdang pukul 7.15 pagi tu. Awal lagi dari tu pun boleh tapi jangan lepas pukul 7.20 sebab 7.20 tu memang sharp bas sampai dan berhenti dalam 3 minit saja untuk ambil students. Busstop pulak bukan yang bebetul depan KTM tu tau, tunggu kat seberang jalan, kena naik jejantas dan tunggu kat busstop bas depan 7Eleven/KK Mart. Nama bas ialah KTM-South City atau KHAS.
Misalan kata korang terlepas pukul 7.20 pagi tu, ada jugak bas alternatif lain. Korang boleh la tunggu bas rapid T570 pukul 8 pagi. Kadang bas tu sampai lagi awal tapi jangan cuak sebab bas tu akan lepak dulu kat situ dan bergerak pukul 8.15 pagi. Harga tiket bas ni cuma RM1. So bila dah ada kat busstop tu lagi awal dari 8.15 pagi, jangan la malu-malu nak tanya bas-bas yang lepak kat situ samada dorang bas T570 atau tak, sebab selalunya dorang park jauh ke depan sikit dari busstop tu. Kalau agak-agak malas nak tunggu bas rapid gerak kul 8.15 tu, boleh try naik bas Sri Indah 502 tapi sebelum naik, sila tanya dulu dorang masuk UPM atau tak sebab aku belum pernah try lagi naik bas ni pagi-pagi. Jadual dorang datang pun aku belum familiar tapi harga tiket bas ni RM2. Kalau aku naik nanti, aku update ye.
Edit (17/8/2017): Bas Sri Indah 502 ni cuma lalu Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan je. Dia akan ke Hospital Serdang dan IOI City Mall gak. Frekuensi setiap 30 minit dari pukul 6-9 pagi, setiap 1 jam kul 10-4 petang, setiap 30 minit balik dari pukul 4-9 malam. Sekarang aku naik bas ni je direct dari LRT Pasar Seni sebab fakulti aku memang kat FPSK pun. Senang keje aku! Dah xpayah tukar station banyak kali. Tunggu bas ni dekat depan Texas Chicken, atau Hotel Geo kat Pasar Seni tu. Bila da sampai fakulti, kena tekan loceng dan bersedia kat pintu depan bas sebab driver susah berhenti sini and diorang suka bukak pintu depan je. Haihh..
Okay, bila dah naik bas UPM/rapid dari KTM Serdang, dorang akan drive masuk melalui main gate UPM. Selalunya aku akan turun kat first busstop dalam UPM tu. Lokasi busstop tu betul-betul depan Bangunan Akademik A, UPM. Ada traffic light kat busstop tu. Then dari situ, aku akan tunggu bus K17. Bila dah masuk kawasan UPM ni, tak perlu takut sangat dah kot sebab setiap bas sini mesti ada sign kat depan yang mark destination dorang (macam bas rapid jugak lah). Aku naik bas K17 sebab fakulti aku bebetul sebelah K17. Bas-bas dalam UPM memang guna nama kolej sebagai sign depan. So korang kena alert kolej apa yang terdekat dengan fakulti korang. Antara bas-bas UPM yang ada ialah bas KTM-South City, K17, K10-11, K12-14-16, KPZ-KTP, etc. Semua ni nama shortform kolej-kolej dalam UPM. Bas UPM free untuk students UPM tapi aku pernah difahamkan postgraduates perlu bayar tambang separate pada Unit Bendahari ke apa. Aku tak bayar pun, tapi aku buat muka tak bersalah je naik bas-bas ni. Pernah sekali masa pendaftaran, masa tu aku tak dapat lagi student card, aku naik bas KPZ-KTP tu sebab nak pergi klinik UPM (untuk repeat ujian kencing aku). Pakcik bas tu tengking sorang foreigner sebab tak ada pass bas untuk postgraduate (rupanya ada kad pass yang membezakan postgraduate dengan undergraduate). Aku dah cuak jugak la tapi pakcik tu bagi jugak kitorang naik tapi last warning la. Aku rasa pakcik tu hanya ikut protokol sebab permulaan sem kot tapi just in case, korang gantung je la kad pelajar tu kat tengkuk korang. Aku rasa pakcik macam ni nak tengok ada kad je kot, takkan dia nak check satu-satu yang mana dah bayar, yang mana belum kan. At least pamer kad pun ok kot, sebab depa ni takut orang awam yang naik. Aku rasa gantung lanyard card ni sangat lame, tapi bila dah transit dari KL ke Serdang, naik LRT la, KTM, bas bagai, gantung card sangat menyenangkan hidup aku sebab aku malas nak seluk-seluk poket everytime. So now I wear it everytime I go to UPM, from morn till evening. Senang.
Alamak, ni dah tersasul sikit dari topik. So bas-bas UPM ni korang kena banyak bersabar sikit sebab frekuensi dia very, very bad. Untuk bas-bas yang jarak jauh macam K17 dan KTM-South City, bas hanya sekali sejam dan selalunya pada minit ke-15 atau ke-45. Maksudnya kalau waktu tengahhari, pukul 1.15 ptg atau 1.45 ptg, antara dua la. Kadang-kadang nasib baik, dia lalu dua kali dalam sejam. Aku pun tak paham. Tapi aku selalu standby dalam minit 00 untuk catch bas pada minit ke-15, dan minit ke-30 untuk catch bas pada minit ke-45. Tak tahu lah korang paham ke tak apa aku cuba sampaikan ni, haha.
Balik petang pulak, aku ada dua pilihan; samada reverse route aku datang pagi tadi, atau aku naik bas Sri Indah 501/502. Selalunya aku naik bas Sri Indah 501/502 sebab dia direct terus ke KTM Serdang, so aku tak perlu tukar bas di Bangunan Akademik A. Cuma aku kena standby RM2 la. Bas ni agak usang dan penuh sebab bas lama dan campur dengan orang awam. Aku rasa frekuensi dia lagi tinggi dari bas UPM, mungkin dua atau tiga kali sejam kot.
Alright. Itu je entri pasal bas-bas UPM. Maaf tak dapat provide waktu-waktu yang spesifik untuk bas-bas ni sebab lain busstop, lain waktu dia sebenarnya tapi yang pasti, bas UPM di KTM Serdang datang pukul 7.20 pagi. Itu yang fixed la.
Sekian.
Journey Through Masters
Sunday, 26 March 2017
Student Masters UPM : Cara-Cara Daftar Masuk UPM
Assalamualaikum semua. Jeena di sini.
Blog ni aku buat khas untuk orang-orang yang baru nak start buat Masters kat UPM sebab aku tau, banyak benda nak kena find out sebelum korang terus jump in buat Masters ni, and tak banyak pulak info kat Google (sebab aku google, tak keluar search result yang aku nak). Mungkin korang boleh jugak guna pakai prosedur ni untuk masuk universiti lain, pandai-pandailah korang adjust. Blog ni tak banyak gambar, sebab aku malas nak attach gambar, so bersabarlah baca tulisan aku ni. Boring sikit tapi padat dengan info lah, inshaa Allah.
Aku baru je nak start belajar sini, so banyak lagi benda aku tak tahu tapi aku tulis je kat sini sebagai rujukan aku (atau korang) bebila masa nanti. Journey aku mungkin tak sama dengan orang lain, tapi ye lah, untuk rujukan.
Pendek citer, aku start register Masters kat UPM ni bukan melalui open day yang UPM buat. Aku register sendiri-sendiri je. Sebelum aku mula isi online application UPM, aku terlebih dahulu cari supervisor (sv) sebab aku nak sambung full research. Kalau korang pilih coursework, boleh skip step ni tapi yang mana nak full research, wajib cari dulu.
1) Kalau korang finish degree kat sini, boleh la korang just whatsapp or call lecturer yang korang dah kenal dan minat. Make sure dah standby CV la ya, proper la sikit. Tapi kalau korang baru nak start belajar di UPM ni, korang pergi ke website UPM, cari fakulti yang sesuai, dan tengok list pensyarah-pensyarah dia serta bidang pengkhususan dorang. Macam aku, aku minat buat cancer research, so aku pergi terus ke website Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM. Pastu aku email pensyarah yang aku minat. Aku email something that sounds like this,
"Assalamualaikum Dr. Saya <nama>, graduan baru dari <universiti dan fakulti lama>. Saya berminat nak sambung Masters di UPM. Adakah Dr. terima students buat masa ini?"
Bila dia balas kata ya, then proceed bagi CV. Kalau dia interested, dia akan panggil interview. Bila tanya pasal "tell me about yourself", citer la pasal education background korang, apa yang korang buat masa final year project degree, internship dan any activities korang buat masa degree (sukan ke, event ke, bagi "up" sikit). Then bila sesi soal jawab, korang boleh la tanya pasal tempoh projek ni sampai bila, geran research dah ada ke (kalau masters, paling sikit dalam RM50k gitu lah), ada peruntukan elaun untuk student tak, ada tak biasiswa yang boleh disarankan untuk korang, perlu collect data kat mana (luar UPM atau tak), etc.
2) Bila semua da setuju, boleh la isi online application UPM kat link ni.
http://sgsportal.upm.edu.my/j2ee/portal/Admission/RegisterApplicant.jsp
Untuk bahagian research proposal, selalunya potential sv korang tu yang akan provide dia punya sebab sepatutnya dorang dah ada proposal yang siap masa dorang apply geran, cuma maybe dorang bagi main points je kat korang dan korang kenalah edit sikit, tambah-tambah apa perlu. Masa apply ni, UPM akan minta dalam RM63 kot sebagai yuran processing. Kalau pergi open day UPM, dapat fee waiver untuk ni, tapi sebab aku apply sendiri, maka aku pun bayarlah fee ni, tsk.
3) Habis isi online application, aku pun mula lah google scholarship yang aku boleh apply sebab geran sv aku tu takde peruntukan untuk student. Kalau pergi ke website SGS UPM tu, boleh tekan bahagian "Bantuan Kewangan dan Biasiswa" dan check them out. Kalau aku, aku pilih Graduate Research Fellowship (GRF). Setiap tahun lain-lain jenis biasiswa yang GRF ni bagi. Tahun ni dia bagi pengecualian yuran sebanyak RM900/semester and elaun RM1300/bulan. Kalau tahun lepas dapat elaun sebanyak RM1500. Tengok nasib la. Buat masa ni, korang cuma boleh sediakan setengah dokumen je dulu, sebab dia nak offer letter sekali. Since korang belum dapat kelulusan (and baru abes apply online), korang cuma boleh standby je dokumen-dokumen yang boleh di-standby-kan macam IC, transkrip ke apa ntah, tengok la dia nak apa. Time ni lah korang kena touch up lagi proposal yang korang dapat dari sv tu. Touch up sikit lah, bagi banyak pages sikit. Literature review tu kalau tak cukup pun takpe, at least ada dalam 3 subsections pun ok (sebab aku pun hantar tak siap lol). Proposal ni perlu ada pengesahan sv, so bila dah dapat kelulusan masuk UPM, boleh la arrange appointment dengan sv, minta cop dan sign dia. Aku hantar dua jenis proposal; satu yang aku isi handwritten dalam borang proposal template yang SGS sediakan dalam website, satu lagi aku hantar softbound full proposal yang type kat Word tu, memandangkan aku tak sure SGS nak yang mana satu.

4) Lepas seminggu (atau lebih, bergantung pada nasib), korang akan dapat email yang menyatakan korang lulus masuk UPM. Tahniah! So, korang cepat-cepatlah download checklist dokumen yang dorang perlukan masa pendaftaran. Antaranya:
- Surat tawaran
- IC
- Transkrip penuh degree
- Report kesihatan berserta X-Ray film (jangan lupa minta report penuh ujian kencing, hari tu doktor aku tulis "normal" je, pihak UPM tak terima kot. Aku terpaksa pergi klinik kali kedua dan bayar lebih untuk repeat ujian kencing)
- etc.
Ada lagi, tapi malas nak citer lah, korang tengok je dalam checklist tu dia nak apa. Masa pendaftaran jangan lupa bawak semua tau. Check dua tiga kali sampai yakin, so takde lah leceh nak kena settlekan benda-benda kecik merepek masa hari pendaftaran tu nanti. Kalau korang ada kereta, takpelah kot, senang nak pergi mana-mana. Macam aku ni, terpaksa tunggu bas yang lambat / bayar uber yang mahal.
Untuk yuran pulak, sebab aku takde sponsorship dari mana-mana, aku bayar guna duit bapak aku je. Pembayaran boleh dibuat masa pendaftaran tu, dorang ada bukak kaunter. Hari tu aku guna kad debit je, senang. Kalau cash atau cara lain, aku tak pasti. Kad debit tu kena set limit lebih RM3000 tau, sebab hari tu kad aku tak lepas nak bayar yuran sebab limit cuma RM1000. Cara nak reset limit tu, cuma pergi online banking (aku guna maybank2u, terbaikkk) dan pergi ke Card Management. Siapa yang takde akaun online banking, rasanya kena settlekan kat cawangan bank la kot. Better buatlah akaun online banking tu, serious hidup akan lebih senang.
5) Habis pendaftaran, bermulalah hidup aku (dan korang) sebagai postgraduate. Waktu ni kenalah peka dengan tarikh-tarikh penting macam orientation, seminar, progress report, scholarship, etc. Aku mula tumpu perhatian pada application GRF aku. Memandangkan dah dapat offer letter, aku pun proceed ke bangunan SGS dan hantar dokumen-dokumen pada kerani kat situ. Yup, kat UPM ni dorang tak support online application. Kena print semua bagai, isi guna tangan dan pergi ke kaunter untuk hantar. Diingatkan, ada sesetengah kerani UPM sangat sensitif, sila proceed dengan salam dan adab yang baik. Kalau masih dilayan acuh tak acuh, bersabarlah ya.
6) Settle semua tu, korang banyakkan lah berhubung dengan sv korang mengenai research korang. Macam aku, aku difahamkan yang pengumpulan data aku akan dijalankan kat HKL selama setahun. Jadi aku pun tak apply la tinggal kat kolej dalam UPM, jadi minta maaf sangat-sangat, aku tak dapat nak ulas tentang kolej-kolej kat sini. Rasanya ada blog lain yang ulas tentang kolej-kolej UPM, so aku malas nak citer pasal tu. Cuma yang aku boleh bagitahu, bagi yang ambil kursus di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, kolej yang paling dekat dengan fakulti ialah K17. Aku rasa tahun depan aku kena start duduk sini sebab aku akan selalu ke Lab Patologi di fakulti ni. Nanti bila sampai masa, aku bagitahu proses nak apply duduk dalam kolej, ok?
7) Sebulan lepas tu, SGS akan bagitahu if application GRF korang lulus atau tak. Dia akan bagitahu melalui email. Dia akan suruh korang attend briefing di mana dia akan ulas tentang penerimaan biasiswa, dokumen tambahan yang perlu dihantar dan syarat-syarat yang membolehkan korang terus terima biasiswa ni. Ada a few jugak lah yang perlu ditepati tapi inshaa Allah tak susah pun. Macam aku, memula dia bagi dokumen perjanjian. Dia suruh lengkapkan blanks dalam dokumen tu ikut panduan dan perlu disahkan oleh sv. Surat perjanjian tu ada tiga copies, dan tiga-tiga copies tu kena ditampal setem hasil berharga RM10. Selain tu, dia minta salinan IC dan statement akaun CIMB (so that dorang boleh salurkan duit biasiswa terus ke akaun). Ada satu lagi borang yang dia bagi, iaitu borang "Maklumat Tugas Membantu dalam Pengajaran", yang mana korang kena tanya kod kursus dari sv korang untuk lengkapkan borang tu (sv kena sahkan juga, dan lepas tu hantar ke dekan fakulti minta cop dan sign, then barulah boleh hantar balik ke SGS). Tugas membantu dalam pengajaran ni mostly macam korang jadi lab assistant la, tolong ajar budak undergrad cara pakai mesin lab, seperti yang aku faham la. Aku belum start lagi buat benda ni, so nanti aku bagitahu details la. So after dah lengkap semua tu, perlu pergi ke bangunan SGS again untuk hantar ke kaunter dia. Setel.
8) Sampai point ni, korang dah lebih kurang setel dah pasal registration masuk UPM beserta scholarship tapi memandangkan aku masih tak puas hati dengan scholarship aku sebab dia cuma partial tuition fee je, aku dalam proses nak usha MyBrainSc. CGPA degree aku sebenarnya tak lepas nak minta scholarship ni (dia nak >3.65) dan MyBrainSc ni hanya untuk students pure Kimia, Biologi, Physics atau apa tah lagi satu tapi mana la tau ada rezeki kan, so aku macam nak cuba apply gak. Selalunya scholarship ni buka dari 1 Mac hingga 30 Mac setiap tahun, so korang alert la pasal ni (aku pun dapat tahu pasal ni tengah bulan, so now aku macam agak kelam kabut). Dokumen yang diperlukan cuma 6 iaitu :
-IC
- Gambar passport
- Result SPM
- Transcript penuh degree
- Proposal masters (yang dah disahkan oleh sv)
- Offer letter masters
Semua dokumen ni senang nak sediakan kecuali proposal tu la kot (sbb aku punya pun tak siap bebetul lagi and nak kena minta sign and cop sv lagi sekali) tapi at least semuanya online application je, tak perlu pergi bangunan memana. Walaubagaimana pun, korang kena spend seharian jugak la nak compress dokumen-dokumen tu semua sebab ya Allah, MyBrainSc ni cuma benarkan saiz 300KB dan ke bawah je untuk upload. Jenuh aku compress transkrip degree aku yang ada 3 page tu dari 1MB. Still tengah try lagi ni, macam-macam online PDF compressor aku guna kat Google tu. Anyway, kalau lulus dapat scholarship ni, aku dengar macam kena pergi jugak bangunan SGS untuk urusan dengan Unit Biasiswa di sana sebab nak attachkan dengan GRF sekali. Apa-apa pun, aku akan update lagi macammana ya. Doakan lah aku dapat MyBrainSc ni ya, guys! Tq muahh~
Ni link untuk daftar MyBrainSc ni.
https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrainSc/index.php
Boleh lah check eligibility and syarat-syarat perjanjian dia eh.
---
Lepas ni aku buat pulak entri lain macammana nak ke Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan ni dari KTM Serdang ya. Aku tahu, bas kat area Serdang ni macam chipsmore sikit, dah berapa kali aku bazir masa sebab tak tahu jadual bas sini. Mostly aku akan citer pasal bas kot sebab LRT and KTM korang maybe dah expert. Kalau belum pun, aku cuma citer macammana nak gerak dari KL Sentral atau Masjid Jamek kot. Okeh, itu je untuk entri ni. Terima kasih sebab sudi baca.
Sekali lagi diingatkan, ni journey aku. So, kalau ada yang tahu cara lain, boleh bagitahu aku dan aku boleh sesuaikan dengan journey aku, maybe. Ok bye.
EDIT : Guys, sorry kalau lambat reply or tak reply pun sebab aku jarang jaaaaarang sekali bukak blog ni. Aku cuma ade info2 ni je utk korg, dan itupun dah 4 tahun berlalu, so mungkin ade benda yang dah berubah. Apape pun, rajin2 lah call2 UPM kalau ade yang tak faham lagi, dan selamat maju jaya ya~~~

Subscribe to:
Posts (Atom)